Air merupakan
sumber penting dalam kehidupan manusia dan menyokong kepada sistem kehidupan
global. Manusia memerlukan air untuk menjalankan aktiviti harian seperti
pertanian, perikanan, perindustrian, pengangkuatan dan sebagainya. Namun, air
semakin hari semakian tercemar lantaran sikap tidak bertanggungjawab sesetengah
pihak. Menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, pencemaran air didefinisikan
sebagai apa-apa perubahan langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat
fizikal, haba, biologi, atau radioaktif iaitu mana-mana bahagian alam sekitar
yang melepaskan, mengeluarkan, atau meletakkan buangan ini sehingga menjejaskan
kegunaannya dan menyebabkan suatu keadaan merbahaya dan memudaratkan kesihatan,
keselamatan dan kebajikan pihak awam, atau kehidupan lain seperti burung,
hidupan liar, ikan dan hidupan akuatik serta tumbuh-tumbuhan air.
PUNCA-PUNCA
PENCEMARAN AIR
Punca utama
pencemaran air ialah pembuangan sampah dari kawasan perumahan di
sepanjang sungai, tepi tasik dan laut. Pembuangan bahan buangan seperti sampah,
minyak, dan najis secara tidak terkawal akan menyebabkan sifat air berubah dan
seterusnya membawa kepada pencemaran. Sebagai contoh, Sungai Semenyih antara
sungai yang tercemar disebabkan oleh najis babi sekitar tahun 1980-an. Sungai
yang tercemar ini akan mengalir ke laut dan seterusnya membawa kepada
pencemaran laut.
Selain itu, sikap segelintir pengusaha kilang
yang tidak bertanggungjawab membuang sisa toksik ke dalam sungai atau laut
juga mendorong kepada pencemaran air. Pembuangan ini dianggap mudah kerana
tidak memerlukan kos pelupusan. Masalah
timbul apabila cecair kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan
mengandungi bahan toksik yang mencemarkan air sungai. Kajian menunjukkan
terdapat beberapa buah negara maju memasukkan sisa radioaktif ke dalam tong
dram sebelum membuangnya kedalam laut.
Pertumpahan minyak yang
berlaku disebabkan oleh pelanggaran kapal turut mendorong kepada pencemaran
air. Minyak yang mengalir ke laut akibat kebocoran tangki minyak akan menutupi
lapisan air dan menyebabkan belakunya pencemaran laut. Sebagai contoh,
pelanggaran kapal MV Waily dengan kapal tangki MT Bunga 3 yang membawa 61 858
tan metrik minyak mentah telah menyebabkan berlakunya pertumpahan minyak
berhampiran Tanjung Ayam.
KESAN PENCEMARAN
AIR
Pencemaran air akan
memberi kesan kepada kesihatan menusia. Air yang tercemar mengandungi
bahan kimia seperti sodium, nitrat, merkuri dan sebagainya yang boleh
memudaratkan kesihatan manusia. Contohnya, sodium memberi implikasi kepada
jantung, manakala merkuri dan plumbum pula boleh menyebabkan masalah saraf.
Terdapat pelbagai penyakit yang berjangkit melalui air minuman dan air mandian
sepertidisentri, salmonela, cryptosporidium dan hepatitis.
Tumpahan minyak yang
berlaku di kawasan perairan akan membentuk lapisan minyak yang boleh mengancam
organisma laut. Tumpahan tersebut akan menjejaskan tumbesaran dan kesuburan
plankton. Hidupan laut seperti ikan, siput, udang dan ketam akan mati
disebabkan oleh pembuangan sampah dan sisa toksik yang telah mengakibat
pencamaran air yang merupakan habitat hidupan laut. Hal ini akan mendorong
kepada kepupusan hidupan laut.
Pencemaran air juga
memberi kesan kepada tanah basah. Tanah basah menyediakan habitat kepada
banyak organisma hidup dan spesies tumbuhan. Apabila fosforus daripada
pencemaran bahan kimia ditambah dalam sistem air, rumpai air akan tumbuh dengan
banyak.. Dengan peningkatan fosforus, ianya akan menyebabkan menyebabkan
ekosistem menjadi tidak seimbang.
LANGKAH MENGATASI
PENCEMARAN AIR
Media massa dan media
elektronik memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan kesedaran
orang ramai mengenai kepentingan sungai Kempen kesedaran perlu diadakan melalui
televisyen, akhbar dan sebagainya untuk memberi kesedaran kepada masyarakat
tentang kepentingan air dalam kehidupan seharian. Dengan penganjuran
kempen-kempen ini diharap dapat memupuk sikap cintakanalam sekitar.
Selain itu, pihak kerajaan
juga bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang.Manakala,
Undang-undang sedia ada perlu diperketatkan lagi supaya pesalah mendapat
hukuman yang setimpal dengan kesalahannya. Contonya, pihak-pihak
yang melakukan kesalahan mencemarkan sungai, sekiranya disabit kesalahan, boleh
dikenakan hukuman di bawah Seksyen 25 (3) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974,
iaitu denda tidak lebih daripada RM 100,000.00 atau penjara untuk tempoh tidak
lebih daripada 5 tahun atau kedua-duanya sekali.
Untuk memastikan supaya sampah
sarap tidak menyebabkan sistem perparitan tersumbat maka penyelenggaraan
berkala seharusnya dijalankan sekitar satu atau dua kali sebulan. Dengan
cara ini, maka sampah sarap tidak akan menyebabkan sekatan air sekali gus
sampah tidak terlepas ke sistem saliran utama di sungai.
Kesimpulannya, sebagai makhluk
Allah yang dikurniakan akal fikiran, kita tidak sepatutnya mementingkan diri
sendiri sebaliknya kita perlu menyokong segala aktiviti yang dijalankan oleh
pihak kerajaan mahupun swasta bagi memastikan harapan dan impian negara dapat
di capai.
No comments:
Post a Comment