DEFINISI
Menurut Akta
Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007 ( Akta 672) kitar semula
bermaksud memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan
keluaran. Kitar semula berlaku apabila bahan-bahan diproses dan menghasilkan
produk yang sama. Kitar semula mengubah bahan-bahan yang sepatutnya menjadi
sisa kepada sumber-sumber yang bernilai. Sebagai tambahan, ia menjadi sumber
kepada alam sekitar, kewangan dan faedah sosial. Bahan-bahan seperti kaca,
besi, plastik dan kertas di dan dikumpul, diasingkan dan dihantar ke pusat
pemprosesan untuk ditukarkan kepada produk atau bahan baru.
MENGAPA PERLU KITAR SEMULA
Kitar semula
merupakan salah satu cara terbaik untuk kita bagi mendapatkan kesan yang
positif kepada dunia yang sedang didiami ini. Kitar semula adalah penting bagi
kita dan alam semula jadi. Kita perlu bertindak dengan pantas kerana jumlah
bahan buangan atau sisa yang di buang oleh kita sendiri semakin meningkat dari
semasa ke semasa.
Jumlah sisa yang dihasilkan adalah semakin meningkat kerana :
Jumlah sisa yang dihasilkan adalah semakin meningkat kerana :
Peningkatan
dalam pendapatan/kekayaan yang memberi makna orang ramai membeli lebih banyak
produk dan seterusnya menghasilkan lebih banyak sisa .
Peningkatan
populasi bermakna semakin ramai manusia di muka bumi ini yang menghasilkan sisa
.
Pengeluaran
produk berteknologi dengan pembungkusan yang terkini di mana kebanyakannya
mengandungi bahan yang tidak dapat dilupuskan (bahan tidak biodegradasi).
Perubahan gaya
hidup seperti makanan segera yang menghasilkan sisa /bahan buangan yang tidak
dapat dilupuskan seperti pembalut makanan yang dibuat dari kertas minyak.
KEPENTINGAN
TERHADAP ALAM SEKITAR
Kitar semula
adalah amat penting kerana sisa buangan memberikan kesan negatif yang amat
besar kepada alam sekitar semula jadi.
Penghasilan air
larut resap (leachate) dan pelepasan gas metana (methane) yang dihasilkan
daripada sisa pepejal yang terurai di tapak pelupusan. Kitar semula dapat
membantu mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh sisa pepejal.
Pemanasan global
dan pemusnahan habitat adalah kesan daripada pemusnahan hutan. Kitar semula
dapat mengurangkan keperluan terhadap bahan mentah, oleh itu sumber asli
seperti kayu balak dapat disimpan dan dikekalkan.
Tenaga yang
besar digunakan apabila membuat produk daripada bahan mentah. Kitar semula
hanya memerlukan sedikit tenaga dimana secara tidak langsung dapat membantu
dalam mengekalkan pemuliharan dan pemeliharaan alam semula jadi.
KEPENTINGAN
TERHADAP MANUSIA
Kitar semula
sangat penting kepada bandar di seluruh dunia dan manusia yang hidup di
dalamnya.
Meningkatkan
jangka hayat tapak pelupusan. Selain itu juga, kebanyakkan kawasan tanah di
negara kita didapati kurang sesuai untuk membina tapak pelupusan disebabkan
sebahagian besar meliputi kawasan tadahan air.
Mengurangkan
belanjawan kewangan. Menghasilkan produk daripada bahan mentah lebih tinggi
kosnya berbanding di hasilkan daripada bahan-bahan kitar semula.
Memelihara
sumber alam semula jadi untuk generasi akan datang. Kitar semula mengurangkan
penggunaan bahan mentah dan menggunakan sedikit tenaga berbanding pemprosesan
bahan dari sumber asli. Oleh itu alam semula jadi dapat dipelihara untuk
generasi yang akan datang.
No comments:
Post a Comment