PENCEMARAN UDARA
Pencemaran udara
merupakan satu keadaan yang melibatkan pengenalan sebarang bahan kimia jirim
zarah atau bahan biologi yang boleh menyebabkan mudarat, ketidakselesaan kepada
manusia atau organisma hidup lain serta merosakkan alam sekitar apabila ia
dibebaskan ke atmosfera. Contoh pencemar udara adalah seperti gas karbon
dioksida, sulfur dioksida , kloroflorokarbon, bau-bauan, logam toksik seperti
plumbum dan tembaga dan sisa radioaktif. Pencemaran udara berpunca daripada
pelepasan asap kotor oleh industri terus ke udara melalui cerobong asap kilang,
kenderaan motor di jalan raya dan letusan gunung berapi. Antara kesan
pencemaran udara adalah penipisan lapisan ozon, jerebu, hujan asid dan
pemanasan bumi. Pencemaran udara mungkin boleh memberi kesan terhadap kesihatan,
keselamatan dan keselesaan manusia ataupun harta benda.
ANTARA CONTOH PENCEMARAN
UDARA
AKTIVITI PERINDUSTRIAN
& PEMBANGUNAN
-Perkembangan ekonomi
Malaysia bergantung kepada industri pembuatan, terutamanya elektronik, kimia
dan juga getah. Namun kadar pengeluaran yang kian meningkat telah menyebabkan
penambahan pada pelepasan pencemaran gas organik dan bukan organik, bahan kimia
dan juga habuk.
KENDERAAN BERMOTOR
-Setiap pergerakan
kenderaan motor menggunakan tenaga yang banyak dan hampir kesemuanya dihasilkan
dengan membakar bahan api fosil, yang menghasilkan asap dan bunyi bising yang
membawa kesan buruk kepada keadaan setempat.
PENJANAAN KUASA
-Hampir kesemua tenaga
elektrik dihasilkan dengan membakar bahan api fosil seperti gas asli, minyak
dan arang batu. Loji-loji janakuasa jenis ini mempunyai tahap kecekepan antara
35 dan 40 peratus di mana tenaga selebihnya bertukar menjadi haba.
AKTIVITI HARIAN
-Isi rumah menyumbang
kepada pencemaran melalui penggunaan tenaga untuk mesin dan perkakas elektrik
seperti peti sejuk. Peti sejuk dan penyaman udara bukan sahaja menggunakan
banyak tenaga tetapi alat-alat ini juga mencemarkan udara apabila cecair
penyejuk yang digunakan melepaskan Klorofluorokarban (CFC) ke udara seterusnya
menipiskan lapisan ozon.
KESAN PENCEMARAN UDARA
TUMBUHAN
-Mengalami kerosakan
seperti nekrosis (keguguran daun), klorosis (pertukaran warna), dan pertumbuhan
terbantut. Kesan ini akan menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan
ekonomi sebahagian daripada penduduk juga terganggu.
KESIHATAN MANUSIA
-Kesan utama pencemaran
udara kepada manusia adalah sistem pernafasan. Gas-gas seperti karbon monoksida
akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah akan melambatkan tindak
balas manusia dan kesan seterusnya menyebabkan mengantuk, penyakit lelah dan
mengurangkan fungsi paru-paru.
Penampalan ozon Bahagian ozon yang berlubang ditampal dengan mengionkan oksigen di atmosfera melalui penggunaan belon helium. Selain itu, penampalan ozon juga boleh dilakukan dengan menembak peluru ozon dengan menggunakan kapal terbang yang mampu menampal ozon. Memperkenalkan undang-undang Pihak kerajaan yang bertindak sebagai agen pentadbir negara telah mengubalkan pelbagai undang-undang dalam mengawal kadar pencemaran. Sebagai contoh, industri besar dan kecil diwajib menapiskan asap yang dikeluarkan. Penggunaan teknologi Dengan adanya teknologi moden, penggunaan kenderaan menggunakan kuasa elektrik sedang dikaji secara giat di negara- negara barat. Kenderaan jenis ini bukan sahaja tidak menghasilkan pencemaran udara malah pencemaran bunyi.
LANGKAH UNTUK MENGHALANG
DAN MENGAWAL CARA MENGEKALKAN UDARA SUPAYA BERSIH
Kitar semula Mengitar
semula bermaksud memproses atau menggunakan semula bahan buangan seperti
plastik, kertas, tin aluminium dan sebagainya. Kaedah ini merupakan proses yang
sangat selamat kepada alam sekitar kerana dapat mengurangkan kadar pencemaran. Pembakaran
sampah-sarap turut dapat dikurangkan. Mengurangkan penggunaan CFC
Permusnahan lapisan ozon adalah disebabkan oleh atom klorin. Kloroflorokarbon
(CFC) digunakan sebagai mangkin dalam proses itu. Selain itu, CFC digunakan
dalam peti sejuk, penghawa dingin dan sebagainya sebagai bahan
rejan(propellant), pembentukan buih, dan alat pemadam api.
Antara cara untuk
mengekalkan udara yang bersih:
-Teknik
Pengurangan Pencemaran Pengurangan di punca (Source reduction) Aktivti
mengurangkan
Atau menghapuskan
penghasilan sisa di dalam proses Guna semula (Recycling) Aktiviti mengurangkan
isi padu dan ketoksikan sisa dengan penghasilan bahan berguna Rawatan
(Treatment) diguna semula. Kawalan sumber (Source control) Pertukaran bahan
mentah (Input material alternation) . Guna bahan tulen. Guna bahan tidak toksik
sebagai pelarut atau pencuci Penukaran teknologi (Technology alteration) Ubah
peralatan, saluran. Guna ‘automation Ubah keadaan operasi Perubahan
prosedur(Procedural changes) :Amalan ‘good house keeping’, Elak kehilangan
bahan mentah melalui kebocoran atau tumpahan. Asingkan sisa. Kendalikan sisa
dengan baik.
No comments:
Post a Comment