PEMBALAKAN HARAM
Hutan merupakan habitat bagi pelbagai jenis flora dan fauna
.Hutan telah membekalkan sumber bahan mentah seperti
kayu-kayan,rotan,buluh,buah-buahan,kayu api,damar,gam,dan,tumbuhan
ubat-ubatan.Hasil-hasil hutan ini merupakan punca-punca
makanan,perlindungan,bahan api,dan perubatan asas. Pada tahun 1986 hingga jun
1990, 500,000 hektar hutan di Malaysia ditebang tetapi kawasan yang dibenarkan
hanya 320,000 hektar sahaja.Ini menurut laporan Trade Record Analysis of Fauna
dan Flora. Meranti dan Cengal telah menjadi sasaran pembalakan haram kerana ia
merupakan pokok yang dilindungi.Membalak di kawasan perlindungan seperti di
kawasan hutan simpan dan Taman Negara. Apabila kegiatan pembalakan dijalankan
telah memusnahkan spesis tumbuhan yang lain contohnya apabila pokok balak
tumbang ia juga akan memusnahkan tumbuhan kecil yang berada disekitar itu. Ia
juga akan menyebabkan binatang-binatang yang hidup di kawasan itu menghadapi
ancaman.
Faktor-faktor yang menyebabkan pembalakan haram ialah
pembukaan tanah baru. Pembukaan kawasan pertanian baru seperti pembukaan tanah
– tanah rancangan oleh Felda dan Felcra yang turut memusnahkan spesis tumbuh –
tumbuhan. Pembalakan haram juga dapat menyediakan peluang pekerjaan kepeda
penduduk.Hal ini demikian kerana dapat memberikan pendapatan kepada
penduduk.Pengangguran di negara kita juga akan mengurangkan.Dengan
demikian,taraf hidup penduduk akan meningkatkan.Selain itu,ini juga dapat
meningkatkan pendapatan negara.Hal ini demikian kerana pembalakan hutan dapat
membantu memperkembangan industri berasakan kayu-kayuan.Kayu-kayuan akan eksport
ke luar negara.Imej negara kita juga akan meningkatkan.Hal ini demikian akan
menyebabkan ramai orang mengetahui negara kita.
Langkah-langkah untuk mengatasi masalah tersebut adalah
mengadakan aktiviti-aktiviti seperti pameran,kempen-kempen,pertandingan dan
lain-lain lagi.Pihak yang berkenaan boleh mengadakan pameran pencemaran alam.
Pameran ini boleh dilakukan di sekolah-sekolah dan tempat-tempat awam seperti perpustakaan
awamatau di aktiviti-aktiviti awam. Pameran ini bolehlah merangkumi isu-isu
alam sekitar, sebab-sebab pencemaran, kesan-kesannya dan apa yang boleh dibuat
untuk mengurangkan kadar pencemaran.Kempen-kempen yang berkaitan alam sekitar
juga boleh diadakan. Peserta-peserta akan diajar tentang pentingnya menjaga
alam sekitar dan cara-cara menguruskan sisa buangan supaya hanya mendatangkan
pencemaran yang minimum kepada alam sekitar dalam kempen-kempen ini.Selain
itu,pertandingan seperti kuiz tentang pencemaran alam sekitar boleh
meningkatkan pengetahuan dan kesedaran tentang pentingnya melindungi alam
sekitar yang diadakan oleh pihak berkenaan.Dengan pertandingan tersebut,
peserta akan cuba memahami apakah itu pencemaran.Mereka akan mendapat pengetahuan
tersebut dalam proses ini. Mereka juga mungkin akan mencari penyelesaian kepada
masalah pencemaran. Melalui pertandingan tersebut akan membawa kebaikan kepada
peserta itu dan alam sekitar.Hal ini demikian dapat menyedarkan masayarakat
tentang keburukan pembalakan haram terhadap alam sekitar.
KESIMPULAN
Kesimpulannya,Malaysia merupakan sebuah negara yang
berkembang pusat serta maju dalam pelbagai bidang.Namun dalam kepesatan
pertumbuhannya dan berkembang pusat itu,ramai orang yang tidak menyedari bahawa
ia juga membawa kesan sampingan terhadap alm sekitar. Sistem ekologi bumi dan
hakisan telah diganggu oleh kegiatan-kegiatan perusahaan pembangunan dan
pembalakan haram.Rekaan manusia tidak mempunyai nilai peka terhadap isu-isu
sosial dalam masyarakat merupakan punca utama kemusnahan alam sekitar.Oleh
itu,kita haruslah bertangggungjawab terhadap alam sekitar.Dengan
demikian,masalah alam sekitar dapat dibanteras.