Saturday, 10 October 2015

PEMBALAKAN HARAM

PEMBALAKAN HARAM
Hutan merupakan habitat bagi pelbagai jenis flora dan fauna .Hutan telah membekalkan sumber bahan mentah seperti kayu-kayan,rotan,buluh,buah-buahan,kayu api,damar,gam,dan,tumbuhan ubat-ubatan.Hasil-hasil hutan ini merupakan punca-punca makanan,perlindungan,bahan api,dan perubatan asas. Pada tahun 1986 hingga jun 1990, 500,000 hektar hutan di Malaysia ditebang tetapi kawasan yang dibenarkan hanya 320,000 hektar sahaja.Ini menurut laporan Trade Record Analysis of Fauna dan Flora. Meranti dan Cengal telah menjadi sasaran pembalakan haram kerana ia merupakan pokok yang dilindungi.Membalak di kawasan perlindungan seperti di kawasan hutan simpan dan Taman Negara. Apabila kegiatan pembalakan dijalankan telah memusnahkan spesis tumbuhan yang lain contohnya apabila pokok balak tumbang ia juga akan memusnahkan tumbuhan kecil yang berada disekitar itu. Ia juga akan menyebabkan binatang-binatang yang hidup di kawasan itu menghadapi ancaman.


 FAKTOR-FAKTOR PEMBALAKAN
Faktor-faktor yang menyebabkan pembalakan haram ialah pembukaan tanah baru. Pembukaan kawasan pertanian baru seperti pembukaan tanah – tanah rancangan oleh Felda dan Felcra yang turut memusnahkan spesis tumbuh – tumbuhan. Pembalakan haram juga dapat menyediakan peluang pekerjaan kepeda penduduk.Hal ini demikian kerana dapat memberikan pendapatan kepada penduduk.Pengangguran di negara kita juga akan mengurangkan.Dengan demikian,taraf hidup penduduk akan meningkatkan.Selain itu,ini juga dapat meningkatkan pendapatan negara.Hal ini demikian kerana pembalakan hutan dapat membantu memperkembangan industri berasakan kayu-kayuan.Kayu-kayuan akan eksport ke luar negara.Imej negara kita juga akan meningkatkan.Hal ini demikian akan menyebabkan ramai orang mengetahui negara kita.


LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PEMBALAKAN
Langkah-langkah untuk mengatasi masalah tersebut adalah mengadakan aktiviti-aktiviti seperti pameran,kempen-kempen,pertandingan dan lain-lain lagi.Pihak yang berkenaan boleh mengadakan pameran pencemaran alam. Pameran ini boleh dilakukan di sekolah-sekolah dan tempat-tempat awam seperti perpustakaan awamatau di aktiviti-aktiviti awam. Pameran ini bolehlah merangkumi isu-isu alam sekitar, sebab-sebab pencemaran, kesan-kesannya dan apa yang boleh dibuat untuk mengurangkan kadar pencemaran.Kempen-kempen yang berkaitan alam sekitar juga boleh diadakan. Peserta-peserta akan diajar tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan cara-cara menguruskan sisa buangan supaya hanya mendatangkan pencemaran yang minimum kepada alam sekitar dalam kempen-kempen ini.Selain itu,pertandingan seperti kuiz tentang pencemaran alam sekitar boleh meningkatkan pengetahuan dan kesedaran tentang pentingnya melindungi alam sekitar yang diadakan oleh pihak berkenaan.Dengan pertandingan tersebut, peserta akan cuba memahami apakah itu pencemaran.Mereka akan mendapat pengetahuan tersebut dalam proses ini. Mereka juga mungkin akan mencari penyelesaian kepada masalah pencemaran. Melalui pertandingan tersebut akan membawa kebaikan kepada peserta itu dan alam sekitar.Hal ini demikian dapat menyedarkan masayarakat tentang keburukan pembalakan haram terhadap alam sekitar.

KESIMPULAN
Kesimpulannya,Malaysia merupakan sebuah negara yang berkembang pusat serta maju dalam pelbagai bidang.Namun dalam kepesatan pertumbuhannya dan berkembang pusat itu,ramai orang yang tidak menyedari bahawa ia juga membawa kesan sampingan terhadap alm sekitar. Sistem ekologi bumi dan hakisan telah diganggu oleh kegiatan-kegiatan perusahaan pembangunan dan pembalakan haram.Rekaan manusia tidak mempunyai nilai peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat merupakan punca utama kemusnahan alam sekitar.Oleh itu,kita haruslah bertangggungjawab terhadap alam sekitar.Dengan demikian,masalah alam sekitar dapat dibanteras.

Friday, 9 October 2015

PENCEMARAN AIR

Air merupakan sumber penting dalam kehidupan manusia dan menyokong kepada sistem kehidupan global. Manusia memerlukan air untuk menjalankan aktiviti harian seperti pertanian, perikanan, perindustrian, pengangkuatan dan sebagainya. Namun, air semakin hari semakian tercemar lantaran sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak. Menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, pencemaran air didefinisikan sebagai apa-apa perubahan langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizikal, haba, biologi, atau radioaktif iaitu mana-mana bahagian alam sekitar yang melepaskan, mengeluarkan, atau meletakkan buangan ini sehingga menjejaskan kegunaannya dan menyebabkan suatu keadaan merbahaya dan memudaratkan kesihatan, keselamatan dan kebajikan pihak awam, atau kehidupan lain seperti burung, hidupan liar, ikan dan hidupan akuatik serta tumbuh-tumbuhan air.


PUNCA-PUNCA PENCEMARAN AIR
Punca utama pencemaran air ialah pembuangan sampah dari kawasan perumahan di sepanjang sungai, tepi tasik dan laut. Pembuangan bahan buangan seperti sampah, minyak, dan najis secara tidak terkawal akan menyebabkan sifat air berubah dan seterusnya membawa kepada pencemaran. Sebagai contoh, Sungai Semenyih antara sungai yang tercemar disebabkan oleh najis babi sekitar tahun 1980-an. Sungai yang tercemar ini akan mengalir ke laut dan seterusnya membawa kepada pencemaran laut.
Selain itu, sikap segelintir pengusaha kilang yang tidak bertanggungjawab membuang sisa toksik ke dalam sungai atau laut juga mendorong kepada pencemaran air. Pembuangan ini dianggap mudah kerana tidak memerlukan kos pelupusan. Masalah timbul apabila cecair kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi bahan toksik yang mencemarkan air sungai. Kajian menunjukkan terdapat beberapa buah negara maju memasukkan sisa radioaktif ke dalam tong dram sebelum membuangnya kedalam laut.
Pertumpahan minyak yang berlaku disebabkan oleh pelanggaran kapal turut mendorong kepada pencemaran air. Minyak yang mengalir ke laut akibat kebocoran tangki minyak akan menutupi lapisan air dan menyebabkan belakunya pencemaran laut. Sebagai contoh, pelanggaran kapal MV Waily dengan kapal tangki MT Bunga 3 yang membawa 61 858 tan metrik minyak mentah telah menyebabkan berlakunya pertumpahan minyak berhampiran Tanjung Ayam.



KESAN PENCEMARAN AIR
Pencemaran air akan memberi kesan kepada kesihatan menusia. Air yang tercemar mengandungi bahan kimia seperti sodium, nitrat, merkuri dan sebagainya yang boleh memudaratkan kesihatan manusia. Contohnya, sodium memberi implikasi kepada jantung, manakala merkuri dan plumbum pula boleh menyebabkan masalah saraf. Terdapat pelbagai penyakit yang berjangkit melalui air minuman dan air mandian sepertidisentri, salmonela, cryptosporidium dan hepatitis.
Tumpahan minyak yang berlaku di kawasan perairan akan membentuk lapisan minyak yang boleh mengancam organisma laut. Tumpahan tersebut akan menjejaskan tumbesaran dan kesuburan plankton. Hidupan laut seperti ikan, siput, udang dan ketam akan mati disebabkan oleh pembuangan sampah dan sisa toksik yang telah mengakibat pencamaran air yang merupakan habitat hidupan laut. Hal ini akan mendorong kepada kepupusan hidupan laut.
Pencemaran air juga memberi kesan kepada tanah basah. Tanah basah menyediakan habitat kepada banyak organisma hidup dan spesies tumbuhan. Apabila fosforus daripada pencemaran bahan kimia ditambah dalam sistem air, rumpai air akan tumbuh dengan banyak.. Dengan peningkatan fosforus, ianya akan menyebabkan menyebabkan ekosistem menjadi tidak seimbang.


LANGKAH MENGATASI PENCEMARAN AIR
Media massa dan media elektronik memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan sungai Kempen kesedaran perlu diadakan melalui televisyen, akhbar dan sebagainya untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan air dalam kehidupan seharian. Dengan penganjuran kempen-kempen ini diharap dapat memupuk sikap cintakanalam sekitar.
Selain itu, pihak kerajaan juga bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang.Manakala, Undang-undang sedia ada perlu diperketatkan lagi supaya pesalah mendapat hukuman yang setimpal dengan kesalahannya. Contonya, pihak-pihak yang melakukan kesalahan mencemarkan sungai, sekiranya disabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 25 (3) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, iaitu denda tidak lebih daripada RM 100,000.00 atau penjara untuk tempoh tidak lebih daripada 5 tahun atau kedua-duanya sekali.
Untuk memastikan supaya sampah sarap tidak menyebabkan sistem perparitan tersumbat maka penyelenggaraan berkala seharusnya dijalankan sekitar satu atau dua kali sebulan. Dengan cara ini, maka sampah sarap tidak akan menyebabkan sekatan air sekali gus sampah tidak terlepas ke sistem saliran utama di sungai.
Kesimpulannya, sebagai makhluk Allah yang dikurniakan akal fikiran, kita tidak sepatutnya mementingkan diri sendiri sebaliknya kita perlu menyokong segala aktiviti yang dijalankan oleh pihak kerajaan mahupun swasta bagi memastikan harapan dan impian negara dapat di capai.



Wednesday, 7 October 2015

KITAR SEMULA

DEFINISI
Menurut Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007 ( Akta 672) kitar semula bermaksud memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan keluaran. Kitar semula berlaku apabila bahan-bahan diproses dan menghasilkan produk yang sama. Kitar semula mengubah bahan-bahan yang sepatutnya menjadi sisa kepada sumber-sumber yang bernilai. Sebagai tambahan, ia menjadi sumber kepada alam sekitar, kewangan dan faedah sosial. Bahan-bahan seperti kaca, besi, plastik dan kertas di dan dikumpul, diasingkan dan dihantar ke pusat pemprosesan untuk ditukarkan kepada produk atau bahan baru.


MENGAPA PERLU KITAR SEMULA


Kitar semula merupakan salah satu cara terbaik untuk kita bagi mendapatkan kesan yang positif kepada dunia yang sedang didiami ini. Kitar semula adalah penting bagi kita dan alam semula jadi. Kita perlu bertindak dengan pantas kerana jumlah bahan buangan atau sisa yang di buang oleh kita sendiri semakin meningkat dari semasa ke semasa.
Jumlah sisa yang dihasilkan adalah semakin meningkat kerana :
Peningkatan dalam pendapatan/kekayaan yang memberi makna orang ramai membeli lebih banyak produk dan seterusnya menghasilkan lebih banyak sisa .
Peningkatan populasi bermakna semakin ramai manusia di muka bumi ini yang menghasilkan sisa .
Pengeluaran produk berteknologi dengan pembungkusan yang terkini di mana kebanyakannya mengandungi bahan yang tidak dapat dilupuskan (bahan tidak biodegradasi).
Perubahan gaya hidup seperti makanan segera yang menghasilkan sisa /bahan buangan yang tidak dapat dilupuskan seperti pembalut makanan yang dibuat dari kertas minyak.


KEPENTINGAN TERHADAP ALAM SEKITAR

Kitar semula adalah amat penting kerana sisa buangan memberikan kesan negatif yang amat besar kepada alam sekitar semula jadi.
Penghasilan air larut resap (leachate) dan pelepasan gas metana (methane) yang dihasilkan daripada sisa pepejal yang terurai di tapak pelupusan. Kitar semula dapat membantu mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh sisa pepejal.
Pemanasan global dan pemusnahan habitat adalah kesan daripada pemusnahan hutan. Kitar semula dapat mengurangkan keperluan terhadap bahan mentah, oleh itu sumber asli seperti kayu balak dapat disimpan dan dikekalkan.
Tenaga yang besar digunakan apabila membuat produk daripada bahan mentah. Kitar semula hanya memerlukan sedikit tenaga dimana secara tidak langsung dapat membantu dalam mengekalkan pemuliharan dan pemeliharaan alam semula jadi.


KEPENTINGAN TERHADAP MANUSIA

Kitar semula sangat penting kepada bandar di seluruh dunia dan manusia yang hidup di dalamnya.
Meningkatkan jangka hayat tapak pelupusan. Selain itu juga, kebanyakkan kawasan tanah di negara kita didapati kurang sesuai untuk membina tapak pelupusan disebabkan sebahagian besar meliputi kawasan tadahan air.
Mengurangkan belanjawan kewangan. Menghasilkan produk daripada bahan mentah lebih tinggi kosnya berbanding di hasilkan daripada bahan-bahan kitar semula.
Memelihara sumber alam semula jadi untuk generasi akan datang. Kitar semula mengurangkan penggunaan bahan mentah dan menggunakan sedikit tenaga berbanding pemprosesan bahan dari sumber asli. Oleh itu alam semula jadi dapat dipelihara untuk generasi yang akan datang.

PENCEMARAN UDARA


PENCEMARAN UDARA

Pencemaran udara merupakan satu keadaan yang melibatkan pengenalan sebarang bahan kimia jirim zarah atau bahan biologi yang boleh menyebabkan mudarat, ketidakselesaan kepada manusia atau organisma hidup lain serta merosakkan alam sekitar apabila ia dibebaskan ke atmosfera. Contoh pencemar udara adalah seperti gas karbon dioksida, sulfur dioksida , kloroflorokarbon, bau-bauan, logam toksik seperti plumbum dan tembaga dan sisa radioaktif. Pencemaran udara berpunca daripada pelepasan asap kotor oleh industri terus ke udara melalui cerobong asap kilang, kenderaan motor di jalan raya dan letusan gunung berapi. Antara kesan pencemaran udara adalah penipisan lapisan ozon, jerebu, hujan asid dan pemanasan bumi. Pencemaran udara mungkin boleh memberi kesan terhadap kesihatan, keselamatan dan keselesaan manusia ataupun harta benda. 

ANTARA CONTOH PENCEMARAN UDARA

AKTIVITI PERINDUSTRIAN & PEMBANGUNAN 
-Perkembangan ekonomi Malaysia bergantung kepada industri pembuatan, terutamanya elektronik, kimia dan juga getah. Namun kadar pengeluaran yang kian meningkat telah menyebabkan penambahan pada pelepasan pencemaran gas organik dan bukan organik, bahan kimia dan juga habuk. 

KENDERAAN BERMOTOR
 -Setiap pergerakan kenderaan motor menggunakan tenaga yang banyak dan hampir kesemuanya dihasilkan dengan membakar bahan api fosil, yang menghasilkan asap dan bunyi bising yang membawa kesan buruk kepada keadaan setempat. 

PENJANAAN KUASA 
-Hampir kesemua tenaga elektrik dihasilkan dengan membakar bahan api fosil seperti gas asli, minyak dan arang batu. Loji-loji janakuasa jenis ini mempunyai tahap kecekepan antara 35 dan 40 peratus di mana tenaga selebihnya bertukar menjadi haba. 

AKTIVITI HARIAN
-Isi rumah menyumbang kepada pencemaran melalui penggunaan tenaga untuk mesin dan perkakas elektrik seperti peti sejuk. Peti sejuk dan penyaman udara bukan sahaja menggunakan banyak tenaga tetapi alat-alat ini juga mencemarkan udara apabila cecair penyejuk yang digunakan melepaskan Klorofluorokarban (CFC) ke udara seterusnya menipiskan lapisan ozon.

KESAN PENCEMARAN UDARA

TUMBUHAN 
-Mengalami kerosakan seperti nekrosis (keguguran daun), klorosis (pertukaran warna), dan pertumbuhan terbantut. Kesan ini akan menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagian daripada penduduk juga terganggu. 

KESIHATAN MANUSIA 
-Kesan utama pencemaran udara kepada manusia adalah sistem pernafasan. Gas-gas seperti karbon monoksida akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah akan melambatkan tindak balas manusia dan kesan seterusnya menyebabkan mengantuk, penyakit lelah dan mengurangkan fungsi paru-paru.

Penampalan ozon Bahagian ozon yang berlubang ditampal dengan mengionkan oksigen di atmosfera melalui penggunaan belon helium. Selain itu, penampalan ozon juga boleh dilakukan dengan menembak peluru ozon dengan menggunakan kapal terbang yang mampu menampal ozon. Memperkenalkan undang-undang Pihak kerajaan yang bertindak sebagai agen pentadbir negara telah mengubalkan pelbagai undang-undang dalam mengawal kadar pencemaran. Sebagai contoh, industri besar dan kecil diwajib menapiskan asap yang dikeluarkan. Penggunaan teknologi Dengan adanya teknologi moden, penggunaan kenderaan menggunakan kuasa elektrik sedang dikaji secara giat di negara- negara barat. Kenderaan jenis ini bukan sahaja tidak menghasilkan pencemaran udara malah pencemaran bunyi.

LANGKAH UNTUK MENGHALANG DAN MENGAWAL CARA MENGEKALKAN UDARA SUPAYA BERSIH

Kitar semula Mengitar semula bermaksud memproses atau menggunakan semula bahan buangan seperti plastik, kertas, tin aluminium dan sebagainya. Kaedah ini merupakan proses yang sangat selamat kepada alam sekitar kerana dapat mengurangkan kadar pencemaran. Pembakaran sampah-sarap turut dapat dikurangkan.  Mengurangkan penggunaan CFC Permusnahan lapisan ozon adalah disebabkan oleh atom klorin. Kloroflorokarbon (CFC) digunakan sebagai mangkin dalam proses itu. Selain itu, CFC digunakan dalam peti sejuk, penghawa dingin dan sebagainya sebagai bahan rejan(propellant), pembentukan buih, dan alat pemadam api.

Antara cara untuk mengekalkan udara yang bersih: 
 -Teknik Pengurangan Pencemaran Pengurangan di punca (Source reduction) Aktivti mengurangkan
Atau menghapuskan penghasilan sisa di dalam proses Guna semula (Recycling) Aktiviti mengurangkan isi padu dan ketoksikan sisa dengan penghasilan bahan berguna Rawatan (Treatment) diguna semula. Kawalan sumber (Source control) Pertukaran bahan mentah (Input material alternation) . Guna bahan tulen. Guna bahan tidak toksik sebagai pelarut atau pencuci Penukaran teknologi (Technology alteration) Ubah peralatan, saluran. Guna ‘automation Ubah keadaan operasi Perubahan prosedur(Procedural changes) :Amalan ‘good house keeping’, Elak kehilangan bahan mentah melalui kebocoran atau tumpahan. Asingkan sisa. Kendalikan sisa dengan baik.




Friday, 25 September 2015

PEMULIHARAAN DAN PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR

Menurut Ford, P.M. (1981), Pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar amat perlu dilaksanakan kerana alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia.  Segala pencemaran yang telah berlaku terhadap alam sekitar sama ada pencemaran air, udara, bunyi dan sebagainya akan memberi kesan secara langsung dan tidak langsung kepada alam sekitar dan juga manusia itu sendiri. 

 Selain itu, air merupakan sumber yang paling penting dalam kehidupan kita. Pencemaran air seperti membuang sampah dan sisa toksik ke dalam sungai dan sebagainya akan memberikan kesan buruk kepada kehidupan manusia.   Sumber air akan menjadi kotor dan beracun dan tidak boleh digunakan.   Secara tidak langsung, manusia yang menggunakan air yang tercemar akan mendapat penyakit yang membawa mudarat kepada kita.   Oleh itu, kita perlu menjaga kebersihan sungai agar sumber air yang kita perolehi selamat untuk digunakan.

  Seterusnya, aktiviti pembalakan yang berleluasa akan memberikan kesan buruk kepada alam sekitar dan hutan-hutan.  Sekiranya aktiviti ini tidak dapat dikawal, jumlah tumbuhan hijau akan berkurangan dan ini akan menjadikan cuaca semakin panas dan tidak stabil.  Oleh itu, beberapa usaha telah dilakukan seperti membenteras aktiviti pembalakan secara haram dan membuat hutan simpan di tempat-tempat tertentu untuk memastikan flora dan fauna terjaga dengan rapi.

 Akhir sekali, perkembangan teknologi masa kini dan peningkatan aktiviti manusia telah memberi banyak sumbangan dan kemajuan dalam bidang sosial, ekonomi dan politik sejagat.  Namun secara tidak langsung, segala proses untuk pelaksanaan objektif pembangunan tersebut telah menyebabkan pencemaran terhadap alam sekitar.  Pencemaran alam sekitar akan menyebabkan penurunan taraf kesihatan dan keselamatan penduduk , penipisan lapisan ozon, penghapusan hidupan akuatik serta kepupusan flora dan fauna.

 Secara konklusinya, kepentingan pemuliharaan dan pemeliharaan berdasarkan objektif pendidikan konservasi amatlah penting untuk direalisasikan oleh manusia supaya keselamatan alam sekitar akan lebih terjamin pada masa akan datang.


















RUJUKAN
1)BUKU TEKS

2) MAJALAH

3)AKHBAR

4) https://www.youtube.com/watch?v=7El_xeeFGu0

5)LAMAN WEB J.A.S


SEKIAN TERIMA KASIH KEPADA PUAN ASMAH BINTI SUBARI ATAS MEMBERI TUNJUK AJAR KEPADA KAMI SEHINGGA DAPAT MENYIAPKAN KERJA INI DENGAN SEMPURNA. :)